Wednesday, December 24, 2008

Kisah nikmat,orang pekak dan bisu..

KE MASJID

Assalamualaikum semua.. Nampaknya dah lama jugak aku x membloggingkan diri ni.. Faktor malas menguasai diri.. Haha.Nak wat camne. Itu lumrah.. Biasalah..di waktu cuti2 begini memang menjadi adat kebiasaannya bagi aku untuk tidur lewat..Dan Ianya agak normal untuk berjaga malam..Keesokan paginya baru tidur.Huh,buruk betul perangai.Allah. Kekuatan untuk berjaga malam ade. Tapi kekuatan untuk Solat Tahajud tu masih belum ade.(ishk2..satu sikap yang patut aku ubah..)Tapi alhamdulillah. Tadi Allah telah pun berikan aku kekuatan untuk laksanakan solat Subuh secara berjemaah..Tatkala sayup2 azan berkumandang, terdetik di hati ni untuk turun ke masjid..untuk pengetahuan semua, jarak antara rumah aku dan masjid agak jauh.sememangnya, boleh dijadikan alasan untuk hati ini mengikut hawa nafsu yang berkeinginan untuk solat secara solo. Bukannya duet, mahupun berkumpulan.(mengarut2..)Selesai saja berwuduk,lantas ku capai selipar yang ade..ku turun lif dan kaki ini terus berjalan ke rumah Allah dengan langkah yang luas.takut2 jugak kalau terlepas rakaat nanti.dah beberapa kali jugakla perkara sedemikian berlaku.. jalan punya jalan.Tus!!salah 1 selipar yang ku pakai putus talinya.Allahuakhbar..ujian kecil dari Allah..takpe2..akan aku gagahi jugak badan ini.selipar kiri aku,aku tanggalkan dan ku pegang bawa ke masjid.ya, kaki kiriku kaki ayam..

Sesampainya aku di masjid, alhamdulillah.. Bersyukur hati ini. Ramainya jemaah.. Sampai jugak 2 saf. Kebiasaanya 1 saf je.. Ape yang menarik hati, jemaah tersebut adalah dalam kalangan jemaah tabliq. Terbisik d dalam hati,uih,dah lama jugak aku tak muhasabah diri ni.sesudah kami bersembahyang,berselawat sambil bersalaman..ade sedikit majlis dianjurkan.menerangkan tentang 7 perkara yang diamalkan sahabat,fadhilat amal,dan betapa pentingnya usaha dakwah ini dilaksanakan terutama sekali di kala akhir zaman ni. Ianya disampaikan oleh seorang pemuda yang dirasakan sebaya diriku mengikut tafsiranku.

"Tuan mulia, alhamdulilah..pagi ini Allah telah beri kita kekuatan untuk amal agama ikut cara Nabi s.a.w..Iaitu solat Subuh secara berjemaah.Sesetengah daripada kita tuan mulia, Allah cukupkan nikmat..tapi dalam mengerjakan solat mahupun secara berjemaah amatlah payah skali. Berlainan pula dengan sesetengah kita yang lain, walaupun mereka pekak dan bisu..mereka masih mampu amalkan agama dengan sempurna,mampu melakukan usaha dakwah",jelas pemuda sambil merujuk kepada 4,5 orang jemaah bisu dan pekak di belakangku.. Sekilas,2kilas kali aku pandang di blakangku.. Melihatkan cara seorang translator,menterjemahkan apa yang dituturkan k dalam bahasa isyarat.gerak geri tangan pantas memberikan isyarat.ku lihat bagaimana sebutan "Allah" diterjemahkan..bagaimana kalimah La ilahaillallah..juga nama Nabi Muhammad s.a.w..Sesekali, ku lihat ada antara mereka mengajukan soalan kepada translator dengan bahasa isyarat yang tidak aku ketahui maknanya. Benar kata pemuda itu.. Banyak nikmat yang Allah kurniakan. Tapi pokok persoalannya bagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan ni.. Sedar x sedar.. Kita ini sebenarnya adalah pnjaman. Harta kita yang kita megahi ini adalah pinjaman.wajah kita yang menjadi dambaan sang pria dan cowok2 adalah pinjaman.. Ilmu yang kita miliki juga adalah pinjaman. Tiada satu pun yang bukan pinjaman. Ya,hari ini kita boleh bermegah dengan apa yang kita pinjami ini.. Tapi sadarlah kalian,mungkin esok ianya akan ditarik balik, malah mungkin juga hari ni.. Sesaat dua lagi tatkala anda membaca blogger ni jika Allah berkehendakkan..Allahuakhbar.. Ternyata pinjaman. Aku harus sedar..

USAHA MENANAM KEIMANAN DALAM KALANGAN MEREKA

Selesai sahaja majlis Bayan, kami membaca Yaasin secara berjemaah. Aku difahamkan oleh saudara Huzaifah(salah seorang jemaah yang baru aku kenali), majlis Jor(perhimpunan) dalam kalangan orang pekak & bisu Johor bakal diadakan di Skudai.Tujuannya adalah untuk mlahirkan keimanan dalam diri golongan ini yang mana sebahagian besar dari mereka tidak kenal apa itu Allah,Islam mahupun Rasulullah s.a.w..jadi,majlis Yaasin yang diadakan bertujuan untuk memohon hajat ke hadrat Allah agar majlis yang bakal berlangsung berjalan dengan suksesnya. Amin Ya Allah..

Sehabisnya bacaan Yaasin, semua jemaah membawa haluan diri masing2..ade yang berzikir..solat Dhuha..dan sebagainya. Aku?aku duduk2 aje meneruskan perbincangan bersama saudara Huzaifah..meleraikan rasa ingin tahu tentang usaha dalam kalangan mereka yang bisu dan pekak.rasa takjub juga mendengar..melihatkan kekurangan yang mereka miliki,dibandingkan dengan golongan seperti kita yang celik kelima2 anggota deria.Sebahagian besar kita..Mata-kita gunakan untuk melihat benda yang lucah..Mulut dan telinga digunakan untuk melakukan dan mendengarkan umpatan. Deria kulit yang ada yakni tangan kita gunakan untuk menyentuh mereka yang bukan mahram.MasyaAllah..ternyata mereka lebih tabah..hmm.apa yang menarik..kata huzaifah,mereka ini di Malaysia,sama aje pergaulan dengan golongan bisu pekak yang kafir..kerana mereka ini tidak diberi pendedahan asas agama Islam oleh keluarga mereka. Malah, bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa isyarat. Jadi batasan perkauman itu seolah2 tidak wujud dalam kalangan mereka. Aku tidak gemar dalam membahaskan diri mereka sebagai golongan pekak dan bisu..mungkin ianya bakal menyentuh sensitiviti seseorang individu.InsyaAllah.. Aku tukarkan kepada OKU.
Sambung Huzaifah, ade seorang sahabat OKU kita (yang melakukan usaha dakwah) yang bersahabat dengan OKU anak Ketua Paderi Negeri dotdotdot(rasanya tak perlu aku nyatakan)..dan ade usaha dalam mengajak OKU tersebut kepada Islam. MasyaAllah.. Hebat. Moga2 syiar Islam berkembang pesat. Amin.. Agak panjang perbincangan kami berlarutan. Ianya diakhiri dengan ajakan saudara Huzaifah agar lapang2kan masa keluar d jalan Allah. InsyAllah..Aku cuba.
Hmm.. Dah abis sembang. Aku pun balik dengan berkaki ayam dan berkain pelikat.. Melintasi satu warung makan agak memalukan. Hampir sekalian manusia di sana melihat. Aku? Tersenyum sambil menahan muka yang tebal ni..Allah.. Cubaan. Dalam hati.. Jalan aje!

1 comment:

  1. Allahuakhbar.. Moga ko tergolong org yg diredhai-Nya...
    peace..

    p/s: nnt ak blikn slipar bru. haha

    ReplyDelete